Monday, 5 November 2012

Pereka muda cipta topeng untuk tidur



Posted by Mohd Adha Mohd Zain on Tuesday, August 3, 2010

KUALA TERENGGANU - Seorang pereka muda dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya mencipta sejenis alat yang dipanggil Napping Mask atau topeng tidur sebentar bertujuan memberi keselesaan kepada penumpang yang berada di lapangan terbang.

Muhammad Najibul Muthii Che Ya'acob, 25, yang bertugas sebagai pereka di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan UMK berkata, alat yang diciptanya itu bukan semata-mata sebuah topeng, tetapi mempunyai beberapa fungsi luar biasa seperti alat penggera dan sistem bluetooth.

Katanya, idea penghasilan topeng yang berbentuk topi keledar tercetus selepas dia mendapati ramai penumpang yang mengalami kelewatan penerbangan gagal mendapatkan tidur mencukupi di lapangan terbang akibat tertekan.

Alat yang dihasilkan itu mampu memberi keselesaan kepada pengguna terutama untuk tidur ketika berada di lapangan terbang.

"Setiap daripada kita pasti pernah mengalami kelewatan penerbangan dan jalan terbaik untuk mengisi waktu yang ada adalah dengan tidur.

"Namun, sejauh mana keselesaan yang boleh kita kecapi jika tidur di lapangan terbang," katanya ketika ditemui Kosmo! pada Karnival Malaysia Inovatif 2010 Peringkat Zon Timur di sini kelmarin.

Beliau yang mempertaruhkan ciptaan Napping Mask pada karnival itu telah dipilih selaku pemenang bagi kategori Pereka Muda dan akan mewakili Zon Timur ke Festival Inovasi Peringkat Kebangsaan hujung tahun ini.

- KOSMO!

Friday, 2 November 2012

ARTIKEL : Graduan politeknik pereka hebat



Oleh Mohd Rizal Azman Rifin
rencana@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
NEGARA kita aktif mengorak langkah penuh dinamik untuk muncul sebuah negara maju berpendapatan tinggi menerusi kepesatan bidang industri.
Justeru, dalam menyediakan daya tarikan untuk pelabur membangunkan industri perkilangan, antara tenaga penting yang diperlukan ialah modal insan berkemahiran tinggi. 
Sejak 1969, kerajaan mengatur langkah bijak menubuhkan politeknik sebagai wadah melahirkan sumber tenaga manusia berkemahiran tinggi dalam sektor teknikal dan pengurusan.

Pembangunan pendidikan tinggi melalui politeknik semakin berkembang dan tidak pernah terhenti. Hingga kini, ada 27 politeknik dan tiga politeknik Metro di seluruh negara.



Semuanya untuk menzahirkan visi menjana modal insan yang memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran hebat, sekali gus menepati kehendak pasaran kerja di sektor industri.


Agenda Transformasi Politeknik seperti yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri pada 25 Februari 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan garapan pelbagai agenda memberi nafas baru dalam mengangkat imej dan reputasi politeknik sebagai institusi pengajian tinggi diminati pelajar.

Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi, Mejar (K) Md Nor Yusof mengatakan, Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) sudah mengkaji semula program yang ditawarkan mengikut kekuatan politeknik masing-masing.

Ia selaras Model Baru Ekonomi dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) negara.

“Kita juga tidak lupa untuk mengatur strategi bagi mempertingkatkan penghasilan graduan politeknik yang berkualiti serta mampu berdiri melalui program pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja global,” katanya.

Dapat kita fahami bahawa peranan politeknik masa kini besar dalam menjayakan Program Transformasi Negara, sekali gus mencabar keupayaan tenaga akademiknya supaya bersedia melangkah seiring hasrat negara.

Sebenarnya komitmen tenaga pengajar politeknik semakin menyerlah jika kita rajin meneliti perkembangan semasa yang dibuktikan menerusi kejayaan penyelidikan dan inovasi bertaraf tinggi.

Misalnya dalam Pertandingan Formula Varsiti (FV) kali ketiga di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem), baru-baru ini memperlihatkan dua pasukan dari politeknik, iaitu Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang dan Politeknik Muadzam Shah, Pahang memecah dominasi institusi pengajian tinggi lain.

Mereka mampu berada dalam kelompok lima terbaik dengan Politeknik Seberang Perai di tempat keempat manakala Politeknik Muadzam Shah kelima daripada 36 pasukan yang bertanding.

Tidakkah hal itu cukup buat kita menobatkan pelajar politeknik mampu berdiri sama tinggi dengan rakan di institusi lain?

Pertandingan dwitahunan itu adalah satu pertandingan berprestij tinggi yang menjadi antara medan menonjolkan keupayaan sebenar warga kampus institusi dalam bidang inovasi automobil.

Meskipun kemudahan dan peralatan di politeknik tidak sehebat dan secanggih institusi lain, keupayaan dua politeknik itu membuktikan faktor kesungguhan dan kesepakatan dalam pasukan mampu menggilap rupa bentuk inovasi berkualiti tinggi.

Semangat mereka untuk membuktikan kejayaan juga tinggi dan dengan sedikit ‘sentuhan’ nasihat kepakaran tenaga pensyarah, idea bernas yang berdaya saing mampu diterjemahkan menerusi hasil inovasi hebat.

Penulis sempat menemui Ketua Pemandu FV Politeknik Muadzam Shah, Abdul Salam Azahary, 20, yang juga pelajar semester tiga Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.

Beliau memberitahu, pendedahan melalui pertandingan FV memberikan keyakinan
untuk menggunakan daya kreativiti dalam mencorakkan inovasi bertaraf tinggi.

“Meskipun masih mentah dan terlalu baru dalam bidang menginovasikan kereta lumba sebegini, namun dengan terapan ilmu secara teori dan amali dalam kuliah menyuntik motivasi untuk bersaing dengan institusi lain,” katanya.

Jelaslah bahawa tujuan dan objektif penubuhan politeknik dalam melahirkan modal insan berdaya saing tinggi sudah mula menampakkan kesannya.

Pelajar diharap tidak mensia-siakan peluang belajar, sebaliknya akan terus menggembleng usaha dan semangat melonjakkan imej diri sebagai graduan bertaraf perdana.


Penulis pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah, Kuantan, Pahang.

Warga kampus yang mempunyai pandangan mengenai pelbagai isu semasa boleh menghantarnya ke ruangan ini dan e-mel kepada ruhaizarusmin@hmetro.com.my

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/22

ARTIKEL : Pereka cipta 'kampung' mahu lahir banyak inovasi baru



IDRIS Mohd. Ghani menunjukkan keris dari batang nibong yang mempunyai nilai seni yang tinggi.


MELAKA 28 Julai - Golongan pereka cipta yang berjaya dijejaki dalam program Jejak Inovasi selama tiga hari di negeri ini menyifatkan program anjuran Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) telah memberikan pengiktirafan kepada hasil ciptaan mereka.
Bagi mereka, kehadiran penjejak inovasi berkenaan selain mengiktiraf hasil ciptaan mereka, ia juga dilihat memberi perangsang kepada mereka untuk terus menghasilkan produk yang lebih kreatif dan inovatif pada masa hadapan.
Ali Kassim, 59, yang membuat parang daripada besi terpakai sejak lebih 20 tahun lalu bersyukur apabila usahanya mendapat perhatian banyak pihak.
"Selain itu, program ini membolehkan saya mendapat nasihat dan pandangan pakar untuk meningkatkan lagi kualiti produk yang dihasilkan," katanya.
Menurut Ali, sejak mula berkecimpung dalam bidang berkenaan, dia hanya dikenali di sekitar kampung halamannya di Sungai Rambai, di sini sedangkan parang dan pisau yang saya hasilkan kualitinya setaraf produk dari China.
Bagi Idris Mohd. Ghani, 56, yang terkenal dengan kerja seni menghasilkan keris hiasan daripada batang nibung menyambut baik kedatangan rombongan penjejak inovasi kerana ia merupakan permulaan dalam mempromosikan produknya.
"Saya berharap pihak YIM dan Mosti dapat menilai dan memberikan bantuan sewajarnya untuk meningkatkan pengeluaran keris hiasan ini dan membantu dalam mengkomersialkannya," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hassan Rahman berkata, program seumpama itu bukan sahaja mampu mempromosikan produk golongan pereka cipta, malah secara tidak langsung memperkenalkan kawasan-kawasan terpencil di sekitar Melaka.
Katanya, selain Bandar Hilir yang menjadi tarikan utama pelancong ke negeri ini kerana tinggalan artifak sejarahnya, kawasan kampung juga mempunyai keunikannya yang tersendiri yang tidak diketahui ramai.
"Kawasan kampung juga boleh menjadi sebahagian daripada lokasi yang patut dilawati oleh pelancong yang datang ke negeri ini kerana selain mempunyai pemandangan yang indah, terdapat juga keunikannya yang tersendiri kerana tersembunyi golongan pereka cipta yang kreatif," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0729&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm#ixzz2B39wwHE0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, 1 November 2012

INOVASI : Helmet Holder

Contoh inovasi penyelesaian masalah.

Setiap inovasi itu wujud bila adanya masalah :)

New talent DESIGNER INNOVATION MALAYSIA


Greetings

For burning passion of young talent in their innovations. We invite you or your contacts have talent come contact us and give us your innovative designs.

For example:

Ahmad saw a lot of trash cans on the street. Ahmad collect and make great artwork design.
This collection Ahmad take a picture and send it to us together with details such as the name and the purpose of generation of design results.
We will do an article about the design.

Thereafter. We will find a buyer or artwork fans around the world to buy your artworks.

If you're lucky, you'll become a famous INNOVATION DESIGNER locals MALAYSIA works.

Pencarian Pereka Inovasi Berbakat MALAYSIA


Salam  Sejahtera

Bagi membakar semangat bakat-bakat muda dalam mereka inovasi mereka. Kami  menjemput anda atau kenalan yang mempunyai bakat tampil menghubungi kami dan memberi kami rekaan inovasi anda. 

Sebagai contoh : 

Ahmad melihat banyak tin-tin sampah di jalanan. Ahmad mengutipnya dan membuat rekaan hasil seni hebat. 
Rekaan itu Ahmad mengambil gambar dan menghantarnya kepada kami berserta butiran seperti nama hasil dan tujuan terhasilnya rekaan.
Kami akan buat artikel mengenai rekaan itu.

Selepas itu. Kami akan mencari pembeli atau peminat hasil seni di serata dunia untuk membeli hasil karya anda.

Jika anda bernasib baik, anda akan menjadi seorang PEREKA INOVASI yang terkenal hasil karya anak tempatan MALAYSIA.

TOPIK : Adaptasi bukannya Meniru !! Adaptation rather than copying!!



Adaptasi?
Apakah maksud adaptasi?
Adaptasi bermaksud memberi nafas baru atau menambah baik sesuatu rekaan dengan mengumpul pelbagai maklumat rujukan @ sumber sedia ada menjadi hasil yang lebih baik.



Adaptation?
What is the purpose of adaptation?
Adaptation means to rejuvenate or improve a design to gather a variety of information resources available @ reference into better results.



Contoh / eg. :

VCD cetak rompak / pirated vcd